Salam Perkenalan

SYUKUR…Alhamdulilah kita kepada Allah s.w.t. yang terus memberi taufik dan hidayah-Nya dan membuka pintu kalbuku untuk mencatat dan meluahkan segala isi hati di sini – menerusi blog ini yang dinamakan siasahdiri. Biarlah kalau segala catatan dan apa yang diluahkan di di sini tidak akan menjadi bahan renungan umum tetapi cukup sekadarnya ia sebagai sebuah rekod khazanah ilmu dari aku menurut kadar dan qadak yang ditetakan Allah.

Blog ini dikhaskan  untuk aku mencatat mengenai kedirianku sendiri dengan Allah. Mentafsirkan kebesaran Allah dan mencungkil segala maksud dan erti makhluk ini. Melongkar akan rahsia kejadian diri, tujuan kejadian aku dan juga tanggungjawab yang harus aku pikul sebagai mahkluk bernama manusia.

Catatan ini semata-mata berpandukan kepada pengalaman dan penghayatan zahir dan batih diriku sendiri.

Catatan ini terbuka untuk diaca dan dihayati oleh sesiapa saja. Mereka yang minat dan ingin mengutik apa-apa manfaat darinya (jika ada) silakan. Paling diharapkan dengan perluahan ini akan menjadi umpan dan denak untuk aku lebih mengenali ilmu dan siasah kedirian aku (kita) seterusnya hakikat aku sebagai insan. Adalah diharap kepada sesiapa yang memiliki ilmu, mempunyai pengetahuan dan rahsia mengenai siasah kedirian boleh dikongsikan bersama demi manfaat bersama menerusi ruang alam ini.

Lupakan seketika siasah duniawi mari kita berhijrah ke siasah kedirian (siasah ukhrawi) yang suci lagi abadi.

Selamat mengikuti dan menghayati dengan penuh kejilahan jiwa dan rasa hati yang lapang dan minda terngangga.

KE ARAH MENGENAL DIRI DAN ALLAH,

 Hamba Allah yang naif lagi fakir,

Kuala Lumpur,

9 Zuhijjah 1430 : Jumaat.

Advertisement
Explore posts in the same categories: Uncategorized

One Comment on “Salam Perkenalan”


  1. Salam ‘aqidah, salam perjuangan dan salam persahabatan dunia dan akhirat kepada Tuan Haji MSO. Tahniah ! saya mengucakann syabas kepada tuan haji diatas usaha ini…diharap ramai saudara kita yang sebok dengan siasah harian politik semasa, “i’tikaf minda” sejenak bersama ‘siasahdiri’ untuk merenung dan muhasabah…dicelah2 dunia polimik dan hujjah siasah, perlu kita bertanya “dimana aku disisi Allah ?” …? ! “Insan kamil” hanya hak milik Rasulullah…dimana kita dalam menggarapi perjuangan hidup sebelum berjumpa Allah. [www.everytime114.blogspot.com] mengatur langkah bersama “SIASAHDIRI” Tahniah Tuan Haji MSO


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.